Kempen Simpan Emas 1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga

SOALAN: Bila matawang meleset, para pelabur emas juga akan timbul masalah,Wang kertas tak laku, maka mcam mana emas dpt dicairkan,Mampu ke org membayar dlm bentuk tunai?

 JAWAPAN SAYA: Emas dan duit kertas tu hanyalah digunakan sebagai PENYIMPAN NILAI dan MEDIUM TRANSAKSI utk dapatkan keperluan hidup sahaja. Emas kalau jatuh ia masih EMAS. Duit kalau jatuh ia hanyalah KERTAS. Jadi kalau duit kertas tak laku, mana lebih selamat nilainya? Emas atau duit kertas? Semua orang akan susah kalau duit kertas tak laku, tetapi orang yang simpan emas, kekayaannya masih selamat. 

Kekayaan yang ada itulah yang akan digunakan untuk dapatkan keperluan hidup. Beli emas ni macam ambil insuran. Ia tak membuatkan kita kaya raya, tapi bila berlaku musibah kepada kewangan dan ekonomi, kita tak jatuh miskin... InsyaAllah.





 Kenapa perlu simpan Goldbar?

Spread jual beli goldbar lebih kecil dari barang kemas, kebiasaan spread goldbar 10-15% manakala susut nilai barang kemas 20-25% dari harga semasa, ini bermakna simpan goldbar lebih untung dari simpan barang kemas. Maksud spread adalah kadar perbezaan harga jual beli emas, dari perbezaan harga jual beli itulah syarikat emas membuat keuntungan sama seperti money changer yang membuat pertukaran matawang
Kenapa perlu simpan emas sekecil 1 gram ?

1) Kita tak perlu kumpul duit berbulan-bulan lamanya untuk dapatkan berat yang lebih dan saiz yang lebih besar. Ramai antara kita termasuk saya bukan ada duit yang banyak untuk dapatkan emas seperti begitu berat dan besar sekali gus. Mesti nak kena kumpul duit dulu. Jadi, sekarang kita tak perlu tertunggu-tunggu lagi untuk membelinya. Pendapatan tetap yang kita dapat setiap bulan tu bolehla kita tukarkan dengan emas serta merta, bukankah begitu tuan-tuan & puan-puan.

2) Mudah dan mampu dimiliki, ramai yang membuat simpanan wang untuk membeli emas yang lebih berat, tahukah anda dalam tempoh menunggu itu anda kerugian kerana harga emas sentiasa naik dari masa ke semasa. Kita akan terlepas untuk dapatkan harga rendah untuk setiap gram emas . Senang cerita, cukuplah sekadar memiliki emas dengan berat yang kecil dengan harga murah daripada nak tunggu duit cukup untuk beli emas yang lebih berat dan besar.

3) Kekadang mungkin kita akan menghadapi krisis kewangan dan betul-betul memerlukan wang, jadi terpaksalah kita menjual emas-emas simpanan kita itu. Cuba anda fikir, sekiranya kita hanya memerlukan wang dalam hanya RM500 takkan kita nak jual emas yang beratnya 20gram? Pastinya anda rugi. Daripada jual yang berat dan besar tu baik jual yang kecil-kecil dan itulah masanya yang sesuai memanfaatkannya maka selamatlah dari mengorbankan emas kita yang berat-berat.

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS?
Emas tahan inflasi dan kegawatan ekonomi. Simpan emas, tak takut kenaikan harga barang (inflasi), tak takut bila duit ringgit (RM) lemah, tak takut kalau negara tak stabil, berlaku peperangan dsb. Emas penyimpan nilai sebenar. Ia akan sentiasa bernilai sepanjang zaman dan di mana sahaja seluruh dunia. Harga emas juga semakin naik dari masa ke semasa, ini peluang anda untuk menggandakan aset demi masa depan yang lebih cerah

Tag : kempen
0 Komentar untuk "Kempen Simpan Emas 1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga "

Back To Top